Senarai Surbo Diesel

    Ini kebanyakan kenderaan diesel yang dipasang Surbo di Singapore dan Malaysia.
    CITROEN
    Berlingo 1.9D Jumpy 1.9D
    FIAT
    Doblo 1.3D
    FORD/ MAZDA
    Econovan
    HYUNDAI
    H100 Van H100 2.3 Bus
    ISUZU
    14 Foot 3.5L Truck '99 NRV Light Truck
    MERCEDES
    Vito 110 CDi Vito 112 CDi Auto '99 Mercedes M140 2.9 Vito 108
    MITSUBISHI
    L300
    NISSAN
    Cabstar Urvan 2.7
    OPEL
    Combo 1.7 TDi
    PEUGEOT
    Partner 1.9D
    PROTON
    Wira 2.0D
    RENAULT
    Kangoo 1.9D
    TOYOTA
    Hilux 2.4D Pickup '02 Liteace
    VW
    Caddy TDI 1.9


    Enjin diesel bergantung kepada kemampatan-kebakaran, dan Surbo menaikkan daya masukkan udara serta kemampatan yang lebih tinggi, jadi kebakaran akan datang lebih awal untuk enjin diesel (dalam enjin petrol, pemasaan kebakaran bergantung kepada palam pencucuh (spark plugs) ). Ini mungkin paling baik untuk enjin diesel lama dengan kemampatan yang hilang kerana sudah haus, serta membuat pemasaan kebakaran lebih tepat, jadi menambahkan kuasa enjin. Juga, nisbah kemampatan enjin diesel sekitar 22 : 1 berbanding 9 : 1 untuk enjin petrol, maka kemampatan baik adalah lebih penting bagi enjin diesel. Kami sasarkan sepenuhnya menghapuskan jelaga dari ekzos enjin diesel, yang merupakan bahan api tidak dibakar yang sering dinampak apabila kenderaan diesel dipecut.

    Memang mudah untuk tekan pemecut sepenuhnya dan taruh banyak diesel kepada enjin kerana ada tekanan pam diesel, tetapi lebih sukar untuk tarik udara secepatnya kerana tiada tekanan udara, dan halangan pembersih udara. Mujurlah Surbo dapat memberikan daya tarikan udara lebih kuat untuk taruh udara kepada enjin dalam masa singkat. Pemilik kenderaan diesel akan ditangkap polis jika dilihat mengeluarkan jelaga hitam, tetapi kemungkinan ini dikurangkan oleh Surbo kerana:

    1. Lebih udara (yang menaikkan kemampatan enjin jadi kebakaran yang mudah, dan kebakaran lebih sepenuh) serta
    2. Kebukaan pemecut yang diseparuhkan (=kurang suntikan diesel) semasa pecutan
    3. Kurang masa anda tersangkut dalam tempoh pecutan kerana sudah dapat lebih kuasa enjin.

    Surbo (tunggal) atau Dwi Surbo boleh dipasang untuk kenderaan diesel, di mana Surbo Berkambar memerlu ruang lebih panjang (11 inci lurus, berbanding 6 inci untuk Surbo) dan yang lebih berpadanan banjaran sempit rpm milik enjin diesel kerana Dwi Surbo memberi 10% lebih kilasan dari 2500-3000 rpm berbanding Surbo. Satu kelebihan adalah kuasa lebih penuh pada rpm terendah, seperti dari henti.

    Testimonial: Proton Wira 2.0D

    Yang ikuti adalah contoh enjin diesel dipasang Surbo atau Dwi Surbo:

    Citroen Jumpy 1.9 diesel dipasang Dwi Surbo, lalu prestasi dalam setiap gear adalah baik. Walaupun membawai beban kourier berat separuh tan, kuasa mencukupi. Hebat mempunyai kenderaan cepat untuk menghantarkan barang-barang mustahak!

    '00 Hyundai H100 diesel van adalah contoh pekerja baik dengan Surbo. Dengan rpm meter, ini mudah dipandu. Banjaran merah rpm digariskan secara asli pada 4000 rpm, tetapi jarum rpm meter mengayunkan hingga 4500 rpm dengan separuh kebukaan pada pemecut sahaja. Pemilik kenderaan ini gembira dengan kuasa baru untuk tarik beban. Dia memberi saya beberapa risalah pintu kayu yang dia berdagang, lalu mennunjukkan setimbunnya di belakang. Setiap pintu seberat seorang, dan itu sebab dia mencari saya.

    Suatu '99 H100 2.3 bas diesel ada masaalah emisi atau pencemaran. Pemilik pernah didenda sebab jelaga. Mekaniknya sudah melaraskan campuran udara-diesel untuk tidak mengeluarkan jelaga, tetapi banyak kuasa hilang. Dengan Surbo, daya yang hilang dikembalikan.

    Isuzu diesel 3.6 berkatil 14 kaki adalah diesel terbesar dari segi sesaran (cc) dan berat setakat ini. Pemiliknya yang mementingkan jelaga kurang, sudah ditalakan enjin untuk mengeluarkan tiada jelaga, tetapi akibatnya semasa memanas enjin, ada sedikit asap putih pada ekzos. Dengan Surbo, ini adalah benda pertama yang diperiksa dia, dan asap putih tiada lagi. Kuasa tambahan mencukupi dia, walaupun lori lainnya semua diesel dipasang turbocharger. Sesaran besar tidak menjadi masaalah, kerana rpm pada henti sama dengan 750 rpm yang asli.

    Nissan Urvan 2.7 bas diesel dipasang Dwi Surbo, mengambilalihkan paip asli dari pembersih udara kepada manifold. Selepas pemasangan, pemilik bas merevkan enjin (dengan membuka hanya sebahagian pemecut sahaja) pada henti, lalu gembira bahawa enjin boleh mencapai antara 4000 ke 5000 rpm, dan menerangkan bahawa sebelum Surbo enjin boleh dapat 3000 rpm sahaja. Nanti semasa ujipandu, juga lebih mudah untuk melompat kepada gear tinggi lebih awal, membernarkan pandu lega ataupun secara malas pilihan gear 1-2-4.

    Prestasi Renault Kangoo 1.9 dengan Dwi Surbo juga sebaik. Pemiliknya mengulas bahawa asap hitam tidak lagi dilihat dalam cermin semasa dipandu, dan menentukan ini dengan merevkan enjin pada henti manakala saya berdiri di belakang kenderaan. Tiada sedikit asap pun.

    Juga pemilik Kangoo lain dengan Dwi Surbo yang membuat u-belok pada gear 2 lalu rendahkan kelajuan ke 20km/j: dia kata kuasa enjin pada rpm rendah sudah dinaikkan--sebelum Surbo dia terpaksa tukarkan kepada gear 1 untuk melakukan belokan itu. Dia pun dapat mengatasi tempat letak kereta bertingkat di gear 2--jika tanpa Surbo dia mesti pakai gear 1. Tukaran gear menjadi lebih licin dan cepat kerana tekanan udara lebih tinggi dalam enjin membolehkan rpm tinggal pada banjaran tengah lebih masa ketika pemecut dilegakan semasa tukaran gear dilakukan.

    Juga dipasang Dwi Surbo adalah Toyota Hiace 2.8 diesel serta Corona 2.0 taxi diesel.

    1993 Toyota Hilux 2.4D pickup mencapai pecutan lebih baik dengan Surbo dalam paip udara utama. Pemilik, En. Jude, kata asap hitam dihapuskan separuh dan kerana dia tidak lagi terpaksa lihat dalam cermin untuk mengelakkan asap, panduan kenderaan ini menjadi lebih selamat. Penggunaan diesel dikurangkan 10-15%.

    Pemilik 2001 Citroen Berlingo 1.9D kata sebelum Surbo, dia boleh mencapai garis merah rpm (5000 rpm) dengan aircon dihidupkan di gear 1 sahaja. Dengan Surbo, dia boleh buat sama walaupun gear adalah ke-4, dan pemecut perlu ditekan sebahagian sahaja. Enjin pun menjadi lebih licin.
    Dia kembali selepas sebulan untuk pasang kedua Surbo untuk menjadi Dwi Surbo. Mesti puas dengan Surbo pertama.. 2 leftmost clips each hold one Surbo inside and clear silicone keeps pressure in

    Balasannya tentang Surbo pertama ketika pasang Surbo kedua adalah:
    1. Kelajuan tertinggi--dia mencapai 140 km/j dengan aircon, dan masih ada kuasa untuk pecutan lanjut, ini memang lebih baik berbanding 130 km/j tanpa Surbo dengan aircon.
    2. Penggunaan diesel kekal walaupun pecutan keras kebanyakan masa.
    3. Tiada asap hitam ketika menghidupkan enjin secara sejuk.
    4. Kurang bising dan getaran semasa layaran dan pecutan.
    5. Pecutan lebih cepat. Selepas Surbo, pada gear 1, ada celah sepanjang 1 kereta antara Berlingo ini dan Mazda 323 rakannya. Dengan Surbo, jarakan dipotong kepada setengah kereta.

    Peugeot Partner kereta-van diesel yang serupa juga dipasang Surbo. Sebaik sahaja lalu pecutan lambat yang selalu ditemu dalam semua jenis diesel pada rpm rendah di gear 1, rpm meter mengayunkan kepada 5000rpm dengan kurang daripada separuh kebukaan pemecut, dan kenderaan ini menjadi seperti kereta petrol.

    Juga disenarai adalah '00 Nissan Cabstar lori 10-kaki kecil. Surbo dipasang di bawah kerusi pemandu. Selepas ujipandu pertama, bolt di bawah pemecut (yang menghadkan diesel dan juga rpm supaya asap hitam tidak dikeluarkan) dilaraskan supaya pemecut boleh ditekan lagi. Dengan lebih udara dari Surbo dan lagi diesel, rpm yang lebih tinggi boleh dicapai tanpa mengeluarkan asap hitam. 80 km/j boleh dicapai walaupun lori ini dibeban setinggi atap kotak belakang dengan plastic yang berat.

    '02 Toyota Liteace diesel dengan enjin di hadapan juga dipasang Surbo, dalam mulut keluar kotak pembersih udara. Pemiliknya laporkan tambahan 50 km setiap 3/4 tangki, dan lebih daya pecutan.

    Surbo Untuk Kenderaan Turbo-Diesel

    VW Caddy turbo van diesel adalah kenderaan rekreasi satu pelanggan. Masa untuk pecut dari 0-100 km/j dipotong dari 14 kepada 13 saat dengan 1 Surbo. Selepas itu, pemasangan Dwi Surbo membuat kenderaan ini lebih baik untuk pandu, dengan rasa pemecut yang terus menjadi lebih ringan.

    Mercedes Vito 110 CDi van turbodiesel, ketika dipasang Surbo menpunyai suatu sangat panjang gear 3 macam banyak kereta petrol yang milik turbocharger. Pemiliknya laporkan tambahan 50 km setiap tangki.

    Mercedes Vito 112 CDi van (automatic) untuk penumpang, walaupun dipilih D pada kotak gear, ada terbangan dari henti. Ini kerana udara kemampatan tinggi dari Surbo harus melalui dan membesarkan aliran ekzos, di mana turbocharger terletak, jadi aliran ekzos (yang dibesarkan Surbo) akan menolakkan turbocharger ini dari rpm yang rendah daripada yang asli, menjadi penumpang dalam kenderaan ini menerima satu balingan seminit yang menyeronokkan sekali. Surbo dibukti di sini sebagai satu cara untuk mengurangkan "turbo lag" (halangan turbocharger sebelum aliran ekzos menjadi cukup kuat untuk menolakkannya).

    Tentang Sebarang (cepat balas) Emel Kami! HQ Surbo Kembali Hantar Informasi Kereta Anda (Taksiran Untuk Surbo) Beritahu Rakan Anda Tentang Surbo Beritahu Rakan Anda Tentang Surbo