Semua udara yang diisap ke dalam engin harus masuk terus Surbo, supaya Surbo boleh tekan udara ini. Maka, engin akan dapat lagi kekuatan dan ekonomi (menghabiskan kurang bahan api).
Jika ada sedikit pun udara yang masuk engin tetapi tak terus-menerus Surbo, atau sebarang paip udara di antara Surbo dan engin ada bocoran, Surbo akan tak boleh tekan udara, tetapi menghalang udara sahaja, menyebabkan kekurangan kekuatan. Juga, engin akan perlu lagi bahan api.
Semua pengguna Surbo digalakkan faham panduan ini sebelum pasang satu Surbo di dalam kereta, jika baik dari segi kuasa enjin dan penjimatan bahan api (maksud tiada kebocoran), boleh cuba dua-Surbo (jika ada ruang) di dalam kereta. Sebab jika ada bocoran, dua Surbo akan menghalang dua kali udara daripada satu Surbo.
Pastikan Surbo terletak dengan muka tajam ke arah engin.
Sistem udara Surbo :
mulai dengan udara luar, angin masuk melalui pembersih udara (untuk membersih
udara), kemudian paip udara utama, kemudian pendikit (accelerator atau throttle),
kemudian manifold (tempat untuk simpan udara sebelum masuk cylinder untuk
kebakaran, dan vacuum atau isapan penjanaan), dan engin akhirnya. Jadi, contohnya, pembersih udara adalah sebelum paip utama. Daripada
paip utama, ada paip kecil "U" (maksud "Upper" (ke hulu) =sebelum kotak minyak hitam atau engin crankcase) untuk mendinginkan udara di dalam kotak minyak
hitam, dan daripada kotak minyak hitam ini, satu lagi paip kecil
"L" (maksud "Lower" (ke hilir)=selepas kotak minyak hitam) bersambung dengan manifold, untuk udara panas keluar dari kotak minyak hitam ke manifold.
Di atas kotak ini ada lubang (minyak penutup) untuk tuang minyak hitam, dan dipstick (pemeriksa) untuk
memeriksa keparasan minyak hitam. Dari manifold, ada sistem purge (P) untuk keluarkan
tekanan udara (jika tekanan udara terlalu tinggi, suis bersama ini akan
tukar "on", menyebabkan udara keluar manifold. Tetapi tekanan pun akan hilang, jadi, harus menyekat paip purge ini). Semua sambungan atau lubang
pada sistem udara Surbo ini harus tiada bocoran, supaya Surbo boleh
membuat tekanan udara.
Di manakah meletak Surbo? (pertama satu Surbo). Surbo perlu ruang di dalam paip utama sepanjang 6 inci dan tegak sahaja, kerana badan Surbo sepanjang 4 inci dan kita harus memberi lagi 2 inci bagi vortex (udara cepat memutarkan yang menghasilkan tekanan udara) selepas muka tajam Surbo. Jika di paip utama ada ruang sepanjang 6 inch SEBELUM U, boleh pasang Surbo di sini (jangan letak Surbo atau sebahagiannya selepas U kerana sedikit udara akan jalan ke engin menerusi U, kotak minyak hitam, lalu L, tanpa menerusi Surbo, jadi, Surbo akan gagal).
Jika Surbo terletak sebelum elemen pembersih iaitu "air filter element" (rata jenis dipasang di antara bahagian atas dan bawah pembersih, itu harus asli (kertas pada tengah), supaya tiada bocoran pada sekililing elemen getah asli. Elemen-elemen lain dengan besi pada tengah semua tidak boleh guna sebab getah sekililing, saiz dan kekerasan tidak sama dengan yang asli, selalu menyebabkan kebocoran. Jadi, harus tukar kembali elemen asli. Jika sekililing elemen ada garisan akibat tekanan antara bahagian atas dan bawah pembersih sebelum pasang Surbo, menandakan elemen dan pasang kembali secara sebelum.
Bagaimanakah mencegah apa-apa kebocoran lain ? Memeriksa seluruh sistem udara Surbo:
1. "U" harus asli, jika hilang atau bertukar dengan filter udara bulat 2 inci, harus ketat sambung U ke paip utama secara kereta asli. Jika tidak, sedikit udara akan masuk ke engin menerusi L; Surbo tidak boleh tekan udara. Mengenai paip besi utama selepas modifikasi, jika U tiada, pahat satu lubang di paip selepas tempat Surbo, dan pasang ketat atau membakar sambungan besi ke paip utama untuk sambung U. Meliput semua sambungan dengan RTV, juga berdua sambungan pada U dan L (jangan sekat di dalam U dan L). 1-hala valve (pintu udara) di L mungkin longgar sebab itu ditolak sahaja di dalam kotak minyak hitam engin. Harus taruh RTV di sekililing selepas membersih dan keringkan ini.
2. Tidak boleh ada apa-apa barang yang biarkan udara masuk ke engin, bersambung ke manifold atau paip-paip yang bersambung ke manifold. Contohnya, Ecotek pada paip brek vacuum , Air Injector, E68. Mengalihkan itu, pasang kembali paip kecil asli, taruh RTV. Jika paip menjadi longgar dikembang barang tersebut, guna clip besi dan sedikit RTV pada hujung paip sebelum sambungkan. Jika ada kotak besi tidak asli yang boleh dikenal pasti tiada bocoran, harus meliput dengan RTV dari luar sambungan ke itu. Kalau tidak tahu barang sama ada bocor, mengalihkan dan tiup ke dalam.
3. Apa-apa lubang dari kotak minyak hitam. Contohnya, penutup minyak hitam yang longgar , pecah atau paip longgar dari/ke sini, pemeriksa minyak longgar (mempunyai o-ring yang selalu tidak ketat). Mesti tutup penutup minyak, walaupun itu nampaknya ketat, terutama selepas tukar minyak. Pasang tape putih kertas di atas o-ring asli secara lingkaran, supaya pemeriksa akan ketat ketika dipasang kembali di sarung pemeriksa minyak. Orang yang ada Surbo mesti tahu ini, harus bikin sendiri sebab mekanik lain tidak tahu ini.
Ada kereta lama dari 1990'an yang ada paip udara untuk mendinginkan minyak hitam U disambung ke bawah engin , tidak mudah dilihat. Contohnya, kereta dari Europe seperti Peugeot, Citroen, Volkwagen dan Skoda. Bagaimanakah tahu ada kebocoran? Tutup minyak penutup dan pemeriksa, mengalihkan U dari paip udara utama, dan L dari manifold. Tutup sementara L dengan jari lalu tiup ke dalam U. Jika kotak minyak hitam tiada kebocoran, udara tekanan akan menjadi kuat. Kalau tidak, mesti tukar apa-apa paip ke kotak minyak yang bocor.
4. Sistem purge di petrol engin daripada 1992 (kadangkala bertanda "P"). Ada paip purge (bersama suis) sambung dari manifold ke bekas purge untuk membersih udara yang dikeluarkan dari manifold engin. Kedua paip bertanda "TANK" ke bekas plastic ini adalh dari tangki petrol, ini megeluarkan udara dan bau petrol yang terlalu banyak dari tangki, dan paip ketiga dari bekas ke luar untuk membuangkan udara-udara tersebut selepas dibersih dalam bekas.
Paip Purge P (itu bersama suis) harus disekat duahala (dari engin untuk menghentikan udara, dan dari bekas purge untuk mencegah bau petrol keluar bekas tanpa dibersih dan petrol hilang. Maka, udara tekanan di manifold tidak akan hilang. Paip ketiga tidak boleh disekat supaya udara tekanan dari tangki boleh keluar selepas dibersihkan. Anda mungkin bertanya, kenapa jurutera kereta reka sistem purge ini di dalam kereta asal untuk keluarkan tekanan udara dari manifold? Sebab tekanan bahan api (petrol) ikut tekanan udara, jika tekanan udara menjadi tinggi, petrol akan cepat memasukkan engin, tetapi engin tidak boleh membakar semua petrol di cylinder sebab aliran udara tidak boleh begitu dicepatkan, jadi ada pencemaran keluar ekzos. Jadi, jurutera membuat sistem purge ini untuk keluarkan4 tekanan udara (jika tekanan udara dirasa terlalu tinggi, suis akan menjadi "on", udara akan dikeluarkan). Tetapi, dengan Surbo, kita boleh menghasilkan cukup tekanan udara , dan jika ini tidak dikeluarkan, engin dapat pemampatan tinggi (high compression) dan lagi kekuatan, supaya tidak perlu tekan pencepat sebanyak tanpa Surbo. Jadi, kurang petrol akan masuk engin, pencemaran pun dikurangkan sebab kurang petrol, ikuti tindak balas kimia, engin akan menhasilkan kurang pencemaran, misalnya CO dan CO2. (ada bukti dari ujian makmal, sebab kurang petrol dibakar). Juga, engin menjadi lagi berekonomi. Jadi, sistem purge itu tidak perlu lagi. Jika purge paip adalah kecil, boleh guna penutup besi yang dibekalkan. Kalau paip purge lagi besar, mesti guna penutup getah pendek yang sesuai (biasanya 9mm, dibekalkan) dan tolak ketat di dalam paip purge. Perlu lagi satu paip lembik pendek (jenis silicone atau dipotong dari paip purge asli) dan penutup untuk tutup paip asli besi ke bekas purge. Penutup- penutup mesti diikat dan diliput dengan RTV. Jangan guna tape kertas di sekililing penutup kerana ini licin dan boleh bergerak. Jangan tarik suis purge sebab lampu oren akan ditunjukkan. Jika lihat lampu oren walaupun suis tidak ditarik, mestilah ada kebocoran di sistem udara Surbo, kerana Surbo tidak boleh tekan udara, tetapi menghalang aliran udara sahaja. Jadi, throttle akan dibuka secara automatik dan terlalu petrol disuntik engin. Sebab ini terlalu pencemaran melalui exos, sensor oxygen di sana akan merasa pencemaran tersebut dan menunjukkan lampu oren. Untuk selesai masalah ini, harus mencari semua bocoran dan tutup itu. Akhirnya, harus padamkan tanda oren itu dengan tarik dawai '+' dari bateri selama beberapa saat sahaja, kemudian pasang kembali. Ada kereta pun yang perlu lebih panjang masa untuk ini.
5. Vacuum meter udara atau boost meter. Sering, paip ke ini ada bocoran sebab orang lain mungkin potong dan ikat paip ini ke dalam kereta tanpa RTV ataupun sambung ketat. Jika ini ada bocoran, Surbo pun tidak berkesan. Mengalihkan paip dari manifold dan tiup ke dalam paip. Jika tidak bocor, tak boleh tiup lagi. Jika boleh tiup terus, ada bocoran. Mesti ikat paip ketat dan meliput apa-apa bocoran, kemudian, sambung kembali ke manifold. Jika tidak boleh lihat, sekat/tutup lubang pada manifold, jangan guna meter.
Kerana paip purge tanpa guna, boleh sambung boost meter dari paip purge sebelum suis. Untuk maklumat lanjut, layari Boost Gauge (Ingerris)
LAIN:
Kereta yang sukar untuk pemasangan Surbo: Honda baru seperti Fit, Jazz, City, Civic dan Stream yang ada sambungan asli yang longgar di antara pembersih dan throttle. Tiada clip besi asli di paip utama, dan paip utama lembik ditolak ke dalam kotak keras pembersih (tidak boleh ikat atau menetup). Mungkin boleh buat Surbo untuk kereta tersebut selepas tukar ke satu paip besi yang ada sambungan ke semua paip kecil asli.
Kereta Europe baru seperti Peugeot, Citroen, Renault dan Renault-Nissan, ada paip kecil L, U, purge dan brek paip udara yang longgar. Hujung paip ini berwarna kuning, adalah tekan-clip jenis tanpa clip besi. Untuk prestasi Surbo yang paling baik, harus tukar semua paip longgar seperti ini dengan paip getah biasa yang boleh dipasang ketat.