![]() |
Adakah kereta lain yang lebih cepat tinggalkan kereta anda? Mahukah anda mengejar mereka dengan Surbo? Kelebihan Surbo adalah: |
1. Surbo memberi lagi kilasan secara banjaran lebar kepada enjin anda. Kilasan ialah daya untuk memintal enjin, terutamanya pada RPM enjin yang rendah. Enjin dengan Surbo dapat memecut dengan cepat, setinggi garis merah RPM dengan setengah pendikit (throttle) sahaja. Ini maksud selain kelajuan yang mudah dapat, juga ada penjimatan bahan api kerana anda tidak perlu tekan pencepat (accelerator, yang bersambung kepada pendikit dengan dawai) sebanyak tanpa Surbo.
2. Puncak kuasa enjin yang lebih tinggi. Kuasa kuda enjin adalah secara kasar kilasan darab RPM enjin. Jika ada junaman kuasa bila enjin anda dekat 4000 rpm, mungkin cuba memulih enjin anda dengan Surbo. Sekira had enjin pada 6000 rpm, Surbo akan mengembalikan sebanyak 50% lagi kekuatan enjin anda, ataupun medapat jarak 60 meter dan bukannya hanya 40 meter di dalam masa yang mungkin sama. Bila anda menaikkan gear anda akan meninggalkan kereta lain dengan kelajuan yang semakin menambah manakala kereta lain mula perlahan sebaik sahaja memasukan gear ketiga (sebab pemandu kereta tersebut terpaksa tekan pencepat banyak sehingga tekanan vakum di ruang masukan dikurangkan maka udara tidak dapat ditarik kepada enjin mereka).
3. Kawasan anda berbukit? Tidak perlu elakkan ataupun takut itu lagi, kerana sekarang dengan Surbo anda boleh mengatasi bukit itu dengan mudah ataupun melumba di sana. Sama untuk tempat letak kereta yang bertingkat. Surbo adalah sesuai untuk bukit. Biasanya pada jalan raya yang mendatar (tanpa bukit), kesan Surbo maksimum ditemui pada hanya setengah pedikit. Ini maksud ada baki kuasa Surbo yang belum diguna sehingga keadaan jalan raya menjadi cabaran. Ketika menaiki bukit, merangsang Surbo untuk tarik udara tambahan yang memberikan pemampatan maksimum di enjin untuk kuasa enjin maksimum. Daya Surbo ini, jika dikawal dengan baik oleh pemandu, adalah banyak berguna di kawasan Seremban Heights di mana bukit mula secara sederhana tetapi nanti menjadi sangat panjang dan berselekoh sehingga tidak boleh untuk memecutkan kereta tanpa Surbo sebelum semua bahagian bukit ini. Kereta Surbo adalah lagi anjal kerana Surbo dapat lagi tenaga pada rpm tinggi, sederhana atau rendah, ialah lebih gear boleh dipilih, sebab melalui bukit panjang atau gunung, pemandu mungkin tidak boleh agak apa selekoh atau keadaan jalan raya yang akan ditemui. Juga, kuasa Surbo boleh diguna secara penuh di kawasan gunung seperti Genting. Ini kerana ketumpatan udara di atas gunung kurang daripada di bawah gunung dan enjin biasa kena hilangan kuasa akibatnya. Dengan Surbo, cukup udara boleh ditarikan kepada enjin maka masaalah ini tidak begitu teruk jika kereta dipasang Surbo. Lagi maklumat di sini..
4. Sistem hawa dingin dihidupkan semua masa kereta dipandu? Ini memang memakan banyak kuasa, dan mesti menyebabkan anda tekan lagi pada pencepat. Mujurlah Surbo memberi lagi kilasan pada rpm rendah, di mana kereta yang terlalu dibeban besar kemungkinan berada dan nanti terperangkap dalam. Dengan bantuan Surbo, sistem hawa dingin tidak lagi begitu membelenggu enjin anda. Sebenarnya, kereta Surbo dengan daya lebih tinggi sebaik sahaja mengatasi beban alat hawa dingin, boleh memecut dengan mudah berbanding kereta tanpa Surbo.
5. Surbo juga berguna jika banyak orang di dalam kereta anda. Banjaran rendah rpm boleh dipakai kereta Surbo jika muatan sederhana, tetapi banjaran tinggi rpm pun boleh dipanggil dengan gear yang rendah. Sebaik sahaja melarikan diri dari kelajuan rendah dengan rpm lebih tinggi dan gear rendah, kereta Surbo anda akan dapat cukup momentum (tenaga badan bergerak=jisim jumlah kereta darab kelajuan kereta) untuk mengatasi cabaran lanjut di jalan raya. Maka, Surbo juga sesuai untuk kenderaan komersial kecil yang dimuat dengan barang-barang berat.
6. Ingin cepat layari di lebuh raya? Tujuan pertama mungkin sampai ke destinasi dalam masa yang tersingkat. Tambahan pula, lebuh raya sangat lurus dan ini peluang keemasan untuk menguji kereta Surbo anda. Kelajuan maksimum yang asli boleh didapatkan dengan hanya separuh pendikit. Ini maksud kelajuan maksimum yang baru dengan Surbo adalah lebih tinggi, ialah kuasa kuda sudah dinaikkan. Walaupun anda tidak cuba, 150 km/j boleh dapat dengan mudah. Bagi kereta yang lama, sangat ketara kelajuan tambahan ini. Jika kaki anda letih, boleh kurang tekan pencepat selama satu saat, lalu tekan kembali sedikit, dan Surbo akan lebih cepat memutarkan dan mecas udara lagi, dan kereta pun tidak turun kelajuan. Jika ini diulangkan, udara dimasukkan enjin semakin kuat dan tekanan pada kaki akan dikurangkan. Ketika kaki anda ditarik semua dari pencepat, anda akan tahu begitu sedikit pencepat ditekan saat sebelum itu.
7. Memotong kenderaan? Panggil Surbo buat sementara waktu untuk daya penuh, yang datang dengan jelas dengan getaran pada pencepat maka anda tahu bila potong lorong. Ikut ini dengan tarik enjin cepat kepada garis merah rpm, dan ulang ini dalam gear-gear yang mengikutnya. Selepas kepantasan ini, kembali ke lorong anda sehingga daya Surbo diperlu semula.
8. Penjimatan bahan api. Kereta dengan Surbo boleh layari pada banyak kelajuan dengan sedikit kebukaan pada pendikit, dan ini maksud kurang bahan api disuntik ke dalam enjin. Maka, kereta Surbo biasanya menjimatkan 10% bahan api secara purata. Salah satu pelanggan Surbo (Honda Civic) dapat 12 km seliter pada 90 km/j. Tetapi pada 110 km/j, penggunaan bahan api dikurangkan kepada hanya 17km seliter. Jadi, mungkin pandu kereta Surbo pada kelajuan yang lebih tinggi untuk penggunaan bahan api terbaik.
Adakah hari biasa pemanduan anda seperti ini? Adakah anda mengharap kereta anda menjadi kuat? Jika begini, sila hubungi penjual Surbo terdekat untuk cuba Surbo di kereta anda.
| Emel Kami! | Kembali | Hantar Informasi Kereta Anda (Taksiran Untuk Surbo) |
|